Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Siapa yang tidak suka makan coklat? Saya sendiri pun walau bukan 'hantu'
coklat, tetapi sesekali teringin tu beli la jugak. Saya tak berapa gemar coklat
kosong, tetapi lebih menggemari coklat yang ada kacang di dalamnya. Tak kiralah
kacang tanah ke, badam ke, hazelnut ke... memang layannnn.
Jadi, bila berkesempatan membuat coklat sendiri memang puas hati. Jom kita
tengok ape
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat oreo ni.
Bahan-bahan
200gm coklat susu compound Selbourne atau jenama lain
50gm coklat gelap compound Selbourne
8 keping biskut oreo
Peralatan
Termos tahan panas
mangkuk aluminium
spatula plastik
acuan coklat oreo
Piping bag
Tuala untuk mengelap
1) Potong coklat susu dan
coklat gelap kecil-kecil supaya senang cair.
2) Masukkan air panas ke dalam
termos, pastikan tidak menyentuh dasar mangkuk alum apabila di letakkan.
Letakkan mangkuk alum di atas termos berisi air panas.
3) Masukkan potongan coklat,
biarkan selama 10 minit hingga bahagian bawah coklat mencair.
cair seperti dalam gambar ini
4) Gunakan spatula plastik dan
kacau coklat hingga mencair sepenuhnya. Angkat dan lap bahagian bawah
mangkuk supaya air tidak menitik ke dalam coklat apabila di tuang ke dalam
piping bag.
5) Ikat bahagian atas piping
bag dan gunting sedikit muncungnya,
Picit separuh coklat ke dalam acuan.
6) Masukkan sekeping biskut
oreo tekan sedikit.
7)Kemudian picitkan separuh lagi dengan coklat hingga menutupi
biskut oreo seperti gambar dibawah,Kemudian hentakkan sedikit acuan supaya coklat merata dan tidak ader lubang udara.
8)Selepas ito bersihkan lebihan coklat dengan spatula @ lapkan coklat ito.
Masukkan coklat ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga
keras.
7) Keluarkan coklat dari peti sejuk,Biarkan selama 20
minit suhu bilik ,kemudian baru dihiaskan dalam sebarang bekas coklat
Cam inilah rupe bentuknya coklat ito, boleh perlbagaikan lagi
coklat oreo ini dalam perlbagai bentuk yer …kalau taktahu mana nak cari acuan
coklat oreo ni bolehlah beli di mieazachocolate yer.. ataupun pergi ker page FB
kami klik disini MieazachocolateBakery
Kami juga turut menjual perlbagai Acuan Coklat untuk semua peminat Homemade Coklat,dan Sedia terima tempahan coklat untuk dijadikan sebagai doorgift perkahwinan,cenderahati dan sebagai hantaran perkahwinan
Disini perlbagai bentuk Coklat Oreo Chek
itout !!!
No comments:
Post a Comment