Like

Thursday 25 July 2013

PERLBAGAI DESIGN COKLAT PRALINE


Coklat praline terdapat dalam pelbagai bentuk, design dan filling.
Anda boleh pilih code2 seperti yg tertera atau kami boleh customise praline 
mengikut citarasa anda. 

The designs: 
Sila pilih code seperti yg tertera utk tempahan, atau boleh nyatakan design / color 
yg dikehendaki. 
Harga Plain (no filling): RM0.90 Cream filling (orange,strawberry,chocola
te,)RM1.00 
Nut filling (whole hazels, whole almonds, almond nibs) : RM1.00
Oreo choc plain:RM2.00
Oreo choc design:RM2.50

lolichoc :RM 2.30



















































Thursday 18 July 2013

STEP BY STEP MEMBUAT COKLAT OREO


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa yang tidak suka makan coklat? Saya sendiri pun walau bukan 'hantu' coklat, tetapi sesekali teringin tu beli la jugak. Saya tak berapa gemar coklat kosong, tetapi lebih menggemari coklat yang ada kacang di dalamnya. Tak kiralah kacang tanah ke, badam ke, hazelnut ke... memang layannnn.

Jadi, bila berkesempatan membuat coklat sendiri memang puas hati. Jom kita tengok ape 
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat coklat oreo ni.






Bahan-bahan 
200gm coklat susu compound Selbourne atau jenama lain
50gm coklat gelap compound Selbourne
8 keping biskut oreo



Peralatan
Termos tahan panas
mangkuk aluminium
spatula plastik
acuan coklat oreo
Piping bag
Tuala untuk mengelap 







1) Potong coklat susu dan coklat gelap kecil-kecil supaya senang cair.




2)  Masukkan air panas ke dalam termos, pastikan tidak menyentuh dasar mangkuk alum apabila di letakkan.  Letakkan mangkuk alum di atas termos berisi air panas.

3)  Masukkan potongan coklat, biarkan selama 10 minit hingga bahagian bawah coklat mencair.
cair seperti dalam gambar ini 




4)  Gunakan spatula plastik dan kacau coklat hingga mencair sepenuhnya. Angkat dan lap bahagian bawah mangkuk supaya air tidak menitik ke dalam coklat apabila di tuang ke dalam piping bag.

5)  Ikat bahagian atas piping bag dan gunting sedikit muncungnya,
Picit separuh coklat ke dalam acuan.



6)  Masukkan sekeping biskut oreo tekan sedikit. 



7)Kemudian picitkan  separuh lagi dengan coklat hingga menutupi biskut oreo seperti gambar dibawah,Kemudian hentakkan sedikit acuan supaya coklat merata dan tidak ader lubang udara.




8)Selepas ito bersihkan lebihan coklat dengan spatula @ lapkan coklat ito.
Masukkan coklat ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga keras.




7)  Keluarkan coklat dari peti sejuk,Biarkan selama 20 minit suhu bilik ,kemudian baru dihiaskan dalam sebarang bekas coklat

 

 Cam inilah rupe bentuknya coklat ito, boleh perlbagaikan lagi coklat oreo ini dalam perlbagai bentuk yer …kalau taktahu mana nak cari acuan coklat oreo ni bolehlah beli di mieazachocolate yer.. ataupun pergi ker page FB kami klik disini MieazachocolateBakery
Kami juga turut menjual perlbagai Acuan Coklat untuk semua peminat Homemade Coklat,dan Sedia terima tempahan coklat untuk dijadikan sebagai doorgift perkahwinan,cenderahati dan sebagai hantaran perkahwinan



Disini perlbagai bentuk Coklat Oreo Chek itout !!!